Isnin, 19 November 2012

KATA KERJA # 01

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia,

Hujan yang lebat dan keadaan yang agak sejuk pada malamnya tidak menghalang nawaituku untuk menyambung kerja. Cuaca yang baik dengan suasana yang riuh rendah menaikkan semangatku meneruskan perjuangan ini.                                                                                                                                               Kata kerja hari ini...
  1. Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan makna perbuatan atau perlakuan
  2. Kata kerja pada umumnya ditandai oleh imbuhan-imbuhan seperti ber-, ber...kan, me-, me...kan, me...i, memper-, memper...kan, dan, memper...i.
  3. Kata kerja yang tidak ditandai imbuhan dapat dibezakan daripada kata adjektif yang ditandai kata penguat seperti amat, sangat, dan paling kerana kata kerja tidak ditandai oleh kata-kata penguat, misalnya*sangat duduk dan *paling hinggap tidak mungkin.
  4. Kata kerja terbahagi kepada :
         (a) kata kerja tak transitif
          (b) kata  kerja transitif
          (c) kata kerja pasif
    5.  Kata kerja tak transitif dan transitif digunakan untuk membentuk ayat-ayat aktif (Lihat Bahagian 4 : Pembentukan Ayat pada halaman 203)
     6. Kata kerja pasif pula digunakan untuk membentuk ayat-ayat pasif. (Lihat Bahagian 4 : Pembentukan Ayat pada halaman 216-220)

Kata kerja Tak Transitif

1.  Kata kerja tak transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut :
     (a )  asal
     (b)   berawalan ber-
     (c)  berapitan ber...an
     (d)  berapitan ber...kan
     (e)  berawalan me-
     (f)   bersin,berawalan ter-

2.  Kata kerja dalam bentuk  asal merupakan kata kerja yang bebas dan tidak berimbuhan. Contohnya :
ada, balik, bangkit, bangun, bantut, bantal, bersin, bubar, bunting, buntu, cabik, carik, cerna, datang, demam, diam, duduk, faham, gagal, gugur, habis, hadam, hamil, hamcur, hapus, hidup, hilang, hinggap, ikat, ingat, jaga, jatuh, kalah, kandas, karam, keluar, kembali, kembung, kemik, kempis, kenal, koyak, kudung, kuncup, lahir, lalu, lari, larut, lebur, lenyap, lepas, luluh, lumpuh, lupa, luruh, maju, maklum, mandi, mara, masuk, mati, menang, mendak, mendap, mogok, mohon,  mudik, muncul, mundur, mungkir, padam, roboh, runtuh, dan seterusnya.

Sabtu, 17 November 2012

Kisahku yang indah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Mengajar karangan bertajuk 'kebaikan menabung' mengingatkanku masa sekolah menengah dulu. Seawal Peralihan hinggalah tingkatan lima aku hanya berbekalkan 30 sen  Aku tidak mengeluh malah bagiku ia sudah    cukup untuk mengalas perut. Lagipun aku bersyukur punya ibu yang rajin bangun pagi sediakan sarapan walaupun menu yang sama setiap hari nasi goreng dan teh. Tambah pula rakanku budak asrama kerap kali memberikanku roti dan telur rebus. Kadang-kadang terpaksa ku tolak kerana rasa segan dan malu. Mereka beri sebab bosan kerap kali memakannya.
Bila tingkatan enam 50 sen bertambahlah 20 sen. Itupun kusimpan 30 sen dan 20 sen kubeli karipap pusing pada ketika itu adalah makanan paling murah di jual di kantin. Masa sekolah  menengah aku amat gemar membaca cerpen hinggakan ku minta tolong dengan kerani kalau ada surat khabar yang ingin di kitar jangan buang saya ingin mengumpul cerpennya. Itulah yang hadap kalau ada kelas tambahan pada waktu petang.
Syukurlah berkat kesabaran dan doa orang tua aku dan adik-adikku telahpun mempunyai ruang hidup yang selesa. Terima kasih ibu ...Terima  kasih ayah.

Khamis, 15 November 2012

Kisahku yang indah

Assalamualaikum,

Bila melihat laut hatiku terdetik akan kesampaiankah hajatku untuk mengajar murid-murid di pulau. Bagaimana agak tingkah laku dan respon mereka. Pengalaman mengajar di bandar, separuh bandar dan luar bandar cukup memberikan penglaman berjuta  dan kenangan yang tidak mungkinku lupakan.
Seingat saya semasa mengajar di luar bandar meninggalkan sejuta kenangan dan paling bermakna dalam kamus pendidikanku di mana masa itu saya mengajar tahun enam dan tahun dua. Murid tahun dua  seramai 26 orang kritikel tidak tahu membaca masa itu kepalaku ligat berfikir apa yang akan kulakukan untuk murid-murid ini. Selama 6 bulan kugunakan buku pemulihan khas dan banyak juga imbalan dan doronganku berikan akhirnya 25 orang kenal huruf dan boleh membaca dengan lancar. Klimaksnya semasa bertugas sebagai pengawas SPM di Sekolah Menengah Abaka seorang murid lelaki menyapaku. Cikgu, masih ingatkah denganku terima kasih kerana mendidikku.....seperti rasanya kakiku tak pijak lantai nasiblah kulit sawo matang tak kelihatan perubahan kulit budaknya lawa bilaku imbas kembali dan ingat dan ingat lah rupa-rupanya salah seorang muridku yang sering menegurnya dengan hingus yang meleleh.
Ringkasnya, betullah jangan ukur hanya pada luaran bukunya dan tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapa yang tahu.

Rabu, 14 November 2012

Assalamualaikum,

Alam sekolah menengah saya agak pasif mungkin kerana sikapku yang agak pemalu tapi dalam keadaan begitu saya sukan bola tampar. Saya rasa ketika itu hebat tetapi ada lagi yang lebih hebat Latihan demi latihan akhirnya terpilihlah sebagai pemain simpanan. Pemain simpanan, simpananlah. Syukur. Dipendekkan cerita perlawanan demi perlawanan akhirnya ke peringkat akhir. Lawan Sekolah Menengah Sabah Chainis.
Mungkin sudah tertulis akhirnya  team Sekolah Menengah Kuhara berjaya berjaya menjadi Johan memadamkan sejarah yang telah dipegang 10 tahun oleh pihak lawan. Kasihan juga melihat raut wajah pemain dan jurulatihnya. Namun itulah dikatakan adat permainan ada kalah dan menang.
Bangganya perasaanku masatu.



                                                 SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH


Selasa, 13 November 2012

Latihan Ayat Transitif dan Ayat Tak Transitif

LATIHAN

Tandakan ( / ) bagi setiap ayat transitif dan tandakan ( x ) bagi ayat tak transitif di bawah ini.

1. Siti menangis.                      (  )

2. Safuan memancing ikan.      (  )

3. Ibu masih bersolek.             (  )

4.  Hujan belum turun.             (  )

5.  Farah belum tidur lagi.         (  )



                                                       SELAMAT  MENJAWAB

Isnin, 12 November 2012

Kisahku yang indah

Assalamualikum,

Ketika dalam situasi sibuk berforum tiba-tiba terkenang semasa sekolah rendah. Saya bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Kuok Ming, Tawau. Disitulah saya mengenali nombor dan huruf. Saya tergolong juga murid yang cerdas. Biasanya setiap tahun saya akan bawa balik hadiah murid terbaik dalam matapelajaran Bahasa melayu, Bahasa Inggeris dan agama, subjek dalam bahasa cina comformlah budak cina yang mengunggulinya. Tugas sebagai pustakawati saya gunakan dengan sebaiknya.Saya pinjam 6 - 10 buah buku dengan meminta izin guru kelas Cikgu Ho. Beliau izinkan apalagi habis buku-buku di bilik perpustakaan yang luasnya lebih kurang 2 bilik darjah sahaja.Setiap kali balik sayalah yang sering membunyikan loceng.

Bab-bab sukan palingku gemari lompat jauh, lompat tinggi, lari punya syok tetapi bakat ini terbantut kerana bila mencecah ke sekolah menengah sikap maluku amat menebal jadi kehebatan ini tidak dapat diteruskanga.

Ingat lagi ketika saya didenda oleh guru besar kerana merosakkan tanaman rakan murid lelaki. Saya didenda hingga balik sekolah kerana saya sebenarnya hanya membela sahabat saya yang dibuli oleh murid lelaki itu. Paling membanggakan saya mendapat tempat pertama menulis menggunakan berus dan dakwat hitam iaitu kaligrafi cina. Kenangan-kenangan .... hingga kini saya masih mencari atau jika terjumpa rakan lama cukup gembira dan bertanya khabar yang lain. Sekolah...sekolah....sekolah.

Ahad, 11 November 2012

Kisahku yang indah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,

Agak kalut juga diusia ini memulakan pembelajaran. Ada berita gembira, rasa duka, terkilan  dan bermacam-macamlah. Pokok bercampur baur tetapi kuambil yang positif sahaja bagi memotivasikan diri. Kerap kali kukatakan cubaab atau dugaan. Komputer riba bermasalah dikala masa gawat nak hantar tugasan disitulah komputerku bermasalah hampir juga ku menitiskan air mata depan pekerja namun ku gagahkan dengan beristigfar. Akhirnya perasaan sedih menjadi tenang . Cakap begitu begini akhirnya senyum melebar mampu kuberikan. Ada lagi kisahku seperti Hikayat seribu Satu Malam. Nantikan...

Sabtu, 10 November 2012

Kisahku yang indah

Bila sebut belajar mau tak mahu tetapi bila proses belajar sekarang ni hatiku berbunga dan penuh keazaman untuk buat tyang terbaik. Syukurlah ada rakan yang sudi membantu dikala mengalami kerumitan. Situasi inilah yang indah penuh makna dalam mengharungi dunia ...

Kisahku yang indah

Hujan gerimis yang  turun sambil makan ubi kayu cicah sambal ikan bilis mengingat daku noltalgia masa kanak-kanak. Masa itu kurasakan adalah zaman yang penuh dengan kegemilangan, keriangan, keceriaan, kenakalan yang membuatkanku tersenyum sendiri. Dengan sikap acuh tak acuh, mandi sungai berjam-jam, memanjat pokokpun  campion kalahkan lawan jenis tetapi bawa basikal ampun minta maaf banyak-banyak tak pandai bercampur dengan rasa takut.

Kalaulah masa ini boleh dipusing kembali, indahnya masa itu. Pengalaman menjual mangga dan rambutan sambil menyorong gerobak seronok mungkin masa itu belum menebal rasa malu tapi kalau sekarang buat begitu macam manalah agaknya. Hai ubi kayu...ubi kayu nostalgia yang penuh bermakna.

Sabtu, 3 November 2012

Rabu, 31 Oktober 2012

Kata Kerja

8. Beberapa contoh kata kerja tak transitif yang berawalan me-, atau mem- atau, men-, atau meng- ialah :  menyala, membanjir, mendarat, mengalir dan sebagainya.

9.  Beberapa contoh kata kerja yang berawalan ter- ialah termenung, tersenyum, tertawa dan sebagainya.

10. Semua kata kerja tak transitif kecuali yang berapitan ber...kan dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya. Oleh sebsb itu, kata kerja tak transitif kecuali yang berapitan ber...kan dapat menjadi frasa kerja untuk bertugas sebagai predikat sesuatu ayat.

11. Kata kerja tak transitif yang berapitan ber...kan tidak dapat berdiri sendiri sebagai frasa untuk bertugas sebagai predikat sesuatu ayat.

12.  Kata kerja tak transitif yang berapitan ber...kan memerlukan penyertaan frasa nama yang bertugas sebagai objek kepada kata sendi akan yang akan disingkirkan menjadi akhiran -kan pada kata kerja yang berapitan ber...kan itu.

Kata Kerja Transitif

1. Kata kerja transitif ialah kata kerja yang msti disertai objek untuk menjadi frasa kerja yang dapat bertugas sebagai predikat ayat.

2. Objek yang menyertai kata kerja transitif itu pula mestilah frasa nama.

3. Kata kerja transitif terbahagi kepada bentuk-bentuk yang berikut :
    (a)  berawalan me-
    (b)  berapitan me...kan
    (c)  berapitan me...i
    (d)  berawalan rangkap memper-
    (e)  berapitan memper...kan
    (f)  berapitan memper...i

4.  Beberapa contoh kata kerja transitif yang berawalan me-, atau mem-, atau men-, atau meng-, atau menge- ialah : melukis, membeli, menjual, menggoreng, mengecat dan sebagainya.

5.  Kata kerja yang berapitan me...kan terbit daripada kata lain yang diberi awalan me- serta akhiran -kan. Contohnya ,  mengajarkan, membelikan, mendekatkan, memerahkan, mengesahkan, dan sebagainya.

6.  Kata kerja yang berapitan me...i terbit daripada kata lain yang diberi awalan me- serta akhiran -i. Contohnya membasahi, mendekati, menghinggapi, melalui, dan sebagainya.

7.  Awalan rangkap memper- terjadi  daripada dua awalan yang dirangkapkan jadi satu, iaitu mem- dan per-. Contohnya memperalat, memperbanyak, memperoleh dan sebagainya.

8.  Beberapa contoh kata kerja transitif yang berawalan rangkap memper- dan berakhiran -kan ialah : memperhatikan, memperlakukan, mempersatukan, dan sebagainya.

Kata Kerja Pasif

1.  Kata kerja pasif ialah kata kerja yang berasal daripada kata kerja transitif tetapi yang tidak lagi berawalan me-. Selain itu, kata kerja pasif boleh berawalan per- serta berakhiran -i dan berakhiran -kan. Contohnya ambil, atasi, berikan, percepat, percepat, peringati, perhatikan, dan sebagainya

2.  Apabila kata kerja pasif disertai kata ganti diri peryama maka terbentuklah frasa kerja pasif diri pertama. Contonnya :
                 kata Ganti Diri Pertama          Kata Kerja Pasif            Frasa Kerja Pasif Diri Pertama
                              aku                                   ambil                                 aku ambil
                             beta                                   atasi                                 beta atasi
                             kami                                  berikan                             kami berikan
                             kita                                    percepat                           kami berikan
                             ku                                      peringati                            kuperingati
                             saya                                   perhatikan                         saya perhatikan

3.  Apabila kata kerja pasif disertai kata ganti diri kedua pula maka terbentuklah frasa kerja pasif diri kedua. Contohnya :
                 Kata Ganti Diri Kedua            Kata Kerja Pasif           Frasa Kerja Pasif Diri Kedua
                          anda                                      baca                                 anda baca
                          awak                                     dekati                                awak dekati
                          engkau                                  kerjakan                            engkau kerjakan
                          kamu                                     peroleh                              kamu peroleh
                          kalian                                     pelajari                              kalian pelajari
                          kau                                        perkatakan                        kauperkatakan

4.  Apabila kata kerja pasif disertai awalan di- atau awalan rangkap diper- maka terbentuklah kata kerja pasif diri ketiga. Kata kerja pasif diri ketiga ada yang berakhiran, ada yang berakhiran -i, dan ada juga yang berakhiran -kan. Contohnya :
                  Awalan                      Kata Dasar             Akhiran             Kata Kerja Pasif Diri Ketiga
                      di-                              baca                                                           dibaca
                      di-                             gemar                     -i                                   digemari
                      di-                             hindar                     -kan                               dihindarkan
                      diper-                        daya                                                             diperdaya
                      diper-                        ingat                        -i                                   diperingati
                      diper-                        juang                       -kan                              diperjuangkan

5.  Kata kerja pasif diri ketiga dapat berdiri sendiri dengan makna sepenuhnya dalam ayat. Oleh sebab itu, kata kerja pasif diri ketiga dapat menjadi frasa kerja pasif diri ketiga serta boleh bertugas sebagi predikat ayat.

6.  Kata kerja pasif boleh juga berawalan ber- seperti kata kerja tak transitif.

7.  Beberapa contoh kata kerja pasif yang berawalan ber- ialah : bertulis ,berasah, berlipat, dan sebagainya.

8.  Kata kerja pasif yang berawalan ter- seperti kata kerja tak transitif juga.

9.  Beberapa contoh kata kerja pasif yang berawalan ter- ialah : terangkat, terbunuh, tercapai, dan sebaginya.

10.  Ada juga kata kerja pasif yang berapitan ke...an seperti kata nama terbitan.

11.  Beberapa contoh kata kerja pasif yang berapitan ke...an ialah : kecurian, kedinginan, kehujanan, dan sebagainya.

12. Satu lagi ialah bentuk frasa kerja pasif bantuan yang terdiri daripada kata kerja pasif serta kata bantu kena. Contohnya : kena bunuh, kena curi, kena pukul, kena tendang, kena tipu, kena usik, dan sebagainya.


Sabtu, 20 Oktober 2012

7.  Kata kerja yang berapitan ber...kan terbit daripada kata lain yang diberi awalan ber- serta akhiran -kan.    
     Contohnya : beralaskan, berdasarkan, bersenjatakan, dan sebagainya.

8.  Beberapa contoh kata kerja tak transitif yang berawalan me- atau mem-, atau men-, atau meng- ialah :
     menyala, membanjir, mendarat, mengalir, dan sebagainya.

Khamis, 18 Oktober 2012

KATA KERJA TERIKAT

3.  Ada juga kerja yang tidak berimbuhan tetapi bukan pula kata kerja asal melainkan kata kerja terikat,    yakni tidak bebas kerana memerlukan imbuhan ber-, atau me-, atau ter- untuk dapat digolongkan sebagai kata kerja sepenuhnya.

4. Contoh kata kerja terikat ialah :
    adu, agah, ajak, alih, air, ambil, ampu, anggap, angkat, antuk, asah, asuh, atur,babas, bakar, balah,
    bancuh, banting, bantu, basmi, basuh, bawa, bayar, beli, bengkalai, berantas, beri beritahu, bimbing,
    bina, bongkar, buat, buru, cabut, cadang, cakap, cangkung, capai, cari, cedok, cegah, cekik, celur,
    cencang, cubit, cucuh, cukur, cuit, curah, curi, dadak, dakap, daki, dedah, dengar dan seterusnya.

5.  Kata kerja yang berawalan ber-, atau be-, atau bel- dikenal sebagai kata kerja dalam bentuk terbitan
     kerana kata itu terbit daripada kata lain yang menjadi dasarnya. Contohnya : berasal, beroda, belajar,
     dan sebagainya.

6.  Kata kerja yang berapitan ber...an terbit daripada kata lain yang diberi awalan ber- serta akhiran -an.
     Contohnya : bercucuran, berdekatan, berguguran dan sebagainya.


Jumaat, 12 Oktober 2012

Sukan Tahunan Sekolah 2012



Sukan Tahunan SK. ST. PATRICK
Bersama dengan Uztazah Norizan Mat Hassan
Bertempat di Padang SMK. ST. PATRICK


Pada hari sukan tersebut saya bertugas sebagai 
Ketua Unit Keselamatan St. Johns Ambulans dan Persatuan Bulan Sabit Merah ( PBSM )



Isnin, 1 Oktober 2012

Cuba Belajar Daripada Blogger

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.

Pertama kali belajar sesuatu yang baru. Lebih - lebih lagi berhubung kait dengan dunia ICT. Alhamdulillah...ada blogger di sekolah...bolehlah membantu serba sedikit...

Terima Kasih

Khamis, 27 September 2012

Test...Test...

Salam Satu Malaysia...

Entri pendek untuk mencuba

Terima Kasih

Sabtu, 15 September 2012

Jumaat, 27 Julai 2012

Jumaat, 18 Mei 2012

Sambutan Hari Guru SK.St. Patrick



Murid-murid bersalam dengan guru sebagai ucapan terima kasih kepada guru sekolah

Bertempat di Dewan Terbuka SK.St. Patrick


Jumaat, 10 Februari 2012

Pendaftaran ke UPSI




Pendaftaran ke UPSI

Dari sebelah kiri
Pn. Rahmatang Sakka, Pn. Rusnah Jumat, saya, Pn. Indak Tuo Tangir



Isnin, 16 Januari 2012

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...