Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia,
Mengajar karangan bertajuk 'kebaikan menabung' mengingatkanku masa sekolah menengah dulu. Seawal Peralihan hinggalah tingkatan lima aku hanya berbekalkan 30 sen Aku tidak mengeluh malah bagiku ia sudah cukup untuk mengalas perut. Lagipun aku bersyukur punya ibu yang rajin bangun pagi sediakan sarapan walaupun menu yang sama setiap hari nasi goreng dan teh. Tambah pula rakanku budak asrama kerap kali memberikanku roti dan telur rebus. Kadang-kadang terpaksa ku tolak kerana rasa segan dan malu. Mereka beri sebab bosan kerap kali memakannya.
Bila tingkatan enam 50 sen bertambahlah 20 sen. Itupun kusimpan 30 sen dan 20 sen kubeli karipap pusing pada ketika itu adalah makanan paling murah di jual di kantin. Masa sekolah menengah aku amat gemar membaca cerpen hinggakan ku minta tolong dengan kerani kalau ada surat khabar yang ingin di kitar jangan buang saya ingin mengumpul cerpennya. Itulah yang hadap kalau ada kelas tambahan pada waktu petang.
Syukurlah berkat kesabaran dan doa orang tua aku dan adik-adikku telahpun mempunyai ruang hidup yang selesa. Terima kasih ibu ...Terima kasih ayah.
1 ulasan:
Tahniah, blog anda menarik dan kreatif....
Catat Ulasan